Posted by: amir hanif | August 2, 2007

Malaysia belum Merdeka?

Hakikatnya kurang dari 1 bulan dari sekarang kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 50 dengan bangganya. Semua rakyat Malaysia akan menyaksikan pelbagai perayaan yang diatur bagi sambetan berkenaan.

Tapi pada hakikatnya rakyat Malaysia kosong dan masih dalam kuasa penjajahan, terutamanya dari barat.

Inilah hakaikat yang sebenarnya. Sebagai rakyat Malaysia kita berbangga dengan pejuang dahulu membebaskan negara kita dari cengkaman British dan gangguan para komunis. Semua itu ditepis dengan jayanya. Sebagai generasi yang membuka mata tanpa sebarang tekanan dari luar kita sepatutnya bersyukur dan mengambil iktibar perjuangan terdahulu.

Walaubagaimanpun kita amat kesal dengan sikap para remaja sekarang yang tenyata ‘menjual’ maruah negara dengan sikap liar dan masalah gejala sosial yang melampaui batas. Sehingga budaya ketimuran tiada lagi, perkara ini jelas sepertimana yang digambarkan pada dada akhbar, contoh yang jelas budaya rempit hingga sanggup merompak, membunuh dan masalah sosial lain. Tidak lah hairan satu hari nanti mereka boleh menguasai sesebuah komuniti yang akan sukar dibenteras lagi. Percayakah anda? Tidak mustahil kan.

Jadi sebagai anak Merdeka marilah kita sama-sama buangkan semua jenis perkara yang tak berfaedah. Ingatlah setiap yang berjaya datangnya dari usaha. Kalau dulu nenek kita memperjuangkan kemerdekaan negara berperang sehingga sanggup menggadaikan nyawa, mengapa kita tidak boleh berperang dengan masalah sosial remaja yang perlu bermula dengan diri kita. Kalau kita jauhkan darinya dia sesekalai tak akan dekati kita, tapi kalau kita yang mencari tak memerlukan masa yang lama untuk memperolehinya.

Percayalah saudaraku nak seribu daya mahu seribu cara. Laungkan kemerdekaan kita dari semua segi dengan bangga. MERDEKA!!…MERDEKA!!…MERDEKA!!

source: Mamak@webchat


Responses

  1. Hakikatnya kurang dari 2 bulan dari sekarang kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 50 dengan bangganya. Semua rakyat Malaysia akan menyaksikan pelbagai perayaan yang diatur bagi sambetan berkenaan.

    bukan kurang dari sebulan ker?

  2. alaaa sama jer..

  3. tak sama kot…

  4. zzzz..satu bulan tak kurang dari 2 bulan ker ?..ye arr..aku edit balik..


Leave a response

Your response:

Categories