Posted by: amir hanif | August 1, 2007

Rentak ! (Singing Competition Malay)

Mengenai Rentak

Pertandingan nyanyian lagu-lagu Melayu merupakan satu klausa yang tidak asing di negara kita. Kumpulan nyanyian bukan Melayu telah terbentuk sejak zaman 70an yang mempunyai pelbagai bangsa seperti Kenny Remy Martin, Alleycats, Chris Vadham, Francesca Peters, DJ Dave yang terdiri daripada bangsa cina, india dan singh. Kini mula diperkenalkan kembali dengan pelbagai rancangan televisyen yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia seperti Akademi Fantasia,Mentor,Malaysian Idol dan banyak lagi, pertandingan ini juga semakin berkembang dan diminati oleh orang ramai dan bangsa lain.

Tujuan konsert ini adalah merealisasikan Wawasan 2020 untuk integrasi dikalagan rakyat Malaysia denagn tidak mengira bangsa, jantina, usia, status dan pangkat,selain itu juga ia adalah salah satu medium untuk mendekati rakyat setempat bagi menaikkan lagu-lagu melayu yang kian mendapat hati peminat seluruh Malaysia. Sehingga kini, pertandingan nyanyian ini sudah berkembang ke seluruh pelusuk Malaysia,malah terdapat banyak kumpulan bukan Melayu menyanyikan lagu-lagu melayu yang kini terkenal seperti Vince AF1, Jaclyn Victor (Malaysian Idol 1), Daniel (Malaysian Idol 2) dan ramai lagi.

Mengenai Penganjur

Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PBMKM)

Konsert RENTAK07 ini adalah Battle of the Band versi Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PBMKM). Tujuan konsert ini adalah merealisasikan Wawasan 2020 untuk integrasi di kalangan rakyat Malaysia dengan tidak mengira bangsa, jantina, usia, status dan pangkat,selain itu juga ia adalah salah satu medium untuk mendekati rakyat setempat bagi menaikkan lagu-lagu melayu yang kian mendapat hati peminat seluruh Malaysia.

Sehingga kini, pertandingan ataupun konsert nyanyian ini sudah berkembang ke seluruh pelusuk Malaysia.Dengan adanya Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu (PBMKM) yang bertindak mengelolakan program seperti ini yang memfokuskan kepada lagu-lagu berumpumkan Melayu, bidang nyanyian ini pasti akan lebih dikenali dan bertambah prestijnya di seluruh negara.

Mengenai Artis Jemputan

  • AHLI FIQIR
  • THE TIMES
  • HUJAN

poster_rentak.jpg

 

Website


Responses

  1. weih nama aku tak sebut ker? 😛

  2. buat apa letak..anda tak letak nama aku..so what..~..haha !..racist !


Leave a comment

Categories